Sunday, 24 March 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Guru GPB, Guru ICT Dan Juruteknik KomputerSekolah Kali 1/2013

 

Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Guru GPB, Guru ICT Dan Juruteknik Komputer
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru GPB dan Guru ICT bersama dengan Juruteknik Komputer Sekolah untuk kali ke 1/2013 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 18.03.2013
                  Masa    : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                 Tempat  : Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang
  
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan menghadiri Mesyuarat kali ini kerana pihak PKG akan memberi sedikit Taklimat mengenai Aktiviti yang akan dijalankan .

Wednesday, 6 February 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Guru GPM Dan Guru PSS Sekolah Kali 1/2013





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Perpustakaan Dan Media / Guru Pusat Sumber Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan Media Dan Guru Pusat Sumber Sekolah untuk kali ke 1/2013 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 20.02.2013
                  Masa    : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                 Tempat  : Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang
  
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan menghadiri Mesyuarat kali ini kerana pihak PKG akan memberi sedikit Taklimat mengenai Aktiviti yang akan dijalankan .

Monday, 28 January 2013

Pengisian Data Atas Talian IQ-PSS





Tuan/Puan
Pengetua / Guru Besar
GPM dan Guru Perpustakaan Sekolah
Zon Kuala Pegang

Pengisian data atas talian IQ-PSS bagi tahun 2013 akan ditutup pada 30 Mac 2013.Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengisi dan melengkapkan data IQ PSS dengan kadar segera.Pihak PKG juga akan mengadakan pemantauan secara manual menggunakan instrumen Penilaian PSS Cemerlang bagi pencalonan PSS Cemerlang bagi tahun 2013.

Dengan ini saya sertakan url IQ PSS untuk pengisian pihak sekolah http://iqpss.tarantula.my. Sebarang masalah mengenai pengisian IQ PSS boleh berhubung dengan Pegawai PKG Kuala Pegang di talian  04-4766477.

Kaspersky Remover


Bagi sekolah-sekolah yang tidak dapat membuang Antivirus Kaspersky, sila download Kaspersky Remover disini :

Kaspersky Remover

Sunday, 6 January 2013

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013




Sempena Tahun Baru ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua Warga BTPN/PKG Kedah, Warga PPD Baling Sik dan Warga Sekolah dalam Zon Kuala Pegang , sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak PKG Kuala Pegang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru serta pendidik dan kakitangan sekolah dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dalam memajukan negara kita. Sempena kedatangan tahun 2013 ini, marilah kita bertekad dan berazam untuk sama-sama meningkatkan usaha ke arah yang lebih baik. Bina semangat juang, kesungguhan bekerja dan bergerak ke arah perubahan.

Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun perubahan..

Wednesday, 10 October 2012

KHIDMAT BANTU PSS KALI 2/2012

Tuan/Puan Pengetua
Tuan/Puan Guru Besar
Guru GURU Perpustakaan Media (GPM)
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan
mengadakan Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah kali ke 2/2012 yang 
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 06 - 07.10.2012 (selasa dan rabu )
                  Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
                 Tempat  : Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang
 
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan dapat menghadiri dan memberi
khidmat bantu dan kepakaran untuk Pusat Sumber SK Kuala Pegang.
 
 

Mesyuarat ICT Kali Ke 2/2012

Tuan/Puan Pengetua
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT
Juruteknik Komputer Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari / Guru
ICT Sekolah dan Juruteknik Komputer Sekolah untuk kali ke 2/2012
 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 24.10.2012
                  Masa    : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                 Tempat  : Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang
  
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan menghadiri Mesyuarat kali ini
kerana pihak PKG akan memberi sedikit Taklimat mengenai Aktiviti yang akan
dijalankan .

Surat panggilan diedarkan melalui Peti Surat sekolah masing-masing
di PPD Baling Sik