Wednesday 10 October 2012

KHIDMAT BANTU PSS KALI 2/2012

Tuan/Puan Pengetua
Tuan/Puan Guru Besar
Guru GURU Perpustakaan Media (GPM)
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan
mengadakan Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah kali ke 2/2012 yang 
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 06 - 07.10.2012 (selasa dan rabu )
                  Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
                 Tempat  : Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang
 
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan dapat menghadiri dan memberi
khidmat bantu dan kepakaran untuk Pusat Sumber SK Kuala Pegang.
 
 

Mesyuarat ICT Kali Ke 2/2012

Tuan/Puan Pengetua
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT
Juruteknik Komputer Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari / Guru
ICT Sekolah dan Juruteknik Komputer Sekolah untuk kali ke 2/2012
 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 24.10.2012
                  Masa    : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                 Tempat  : Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang
  
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan menghadiri Mesyuarat kali ini
kerana pihak PKG akan memberi sedikit Taklimat mengenai Aktiviti yang akan
dijalankan .

Surat panggilan diedarkan melalui Peti Surat sekolah masing-masing
di PPD Baling Sik

Tuesday 31 July 2012

LAWATAN PENANDA ARAS

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH KE SMK AGAMA DURIAN GULING ( TERENGGANU) DAN SMK ZAINAB 1 (KELANTAN).

Kepada peserta Program boleh mendapatkan gambar sepanjang aktiviti di PKG Kuala Pegang dalam bentuk CD (gambar Terhad ).Sekiranya Tuan Puan mahu kan DVD Pusat Sumber Cemerlang SMK Zainab 1 boleh lah tuan puan bawa dvd kosang ke PKG Kuala Pegang untuk membuat salinan.




Pengisian SSQS 2012


Assalammuaalaikum....dan Salam 1Malaysia

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Zon PKG Kuala Pegang

Tuan/Puan

Laporan Peratusan SSQS sehingga 26/07/2012

...perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Bersama-sama ini saya 'attach'kan maklumat/data berhubung perkara di atas, seperti berikut;

3.  Pohon tuan/puan dan Guru ICT Sekolah mengambil perhatian dalam pengisian SSQS online di alamat URLhttp://ssqs.moe.edu.my. Tarikh pengisian ssqs yang baru telah bermula pada 16/07/2012 dan berakhir pada 17/08/2012.Bagi sekolah yang telah mengisi sebelum 16/07/2012 pihak KPM / BTP telah reset semula pengisian menjadi kosong atas sebab masalah server yang tidak dapat dielakkan.Oleh itu pihak sekolah perlu mengisi semula pengisian SSQS.Sila gunakan " Tag nombor" yang baru diupdate bermula jam 12.30pm ,16 Julai 2012 bagi tujuan pengisian data SSQS. Pengisian ini melibatkan 62 responden iaitu 1 bahagian pentadbiran (Pengetua/Guru Besar) , 1 bahagian Guru ict, 5 GURU untuk setiap matapelajaran dan 5 pelajar untuk setiap matapelajaran.

4.  Mohon pihak sekolah tidak melewatkan tarikh pengisian SSQS Online bagi mengelak masalah server.Bagi sekolah yang telah mula mengisi syabas dan teruskan pengisian sehingga mencapai tahap yang di tetapkan.Semua maklumat/data ini digunakan untuk pelaporan bagi pihak PKG.

Sekiranya pihak sekolah mengalami masalah dalam pengisian SSQS, sila hubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477

Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan / Puan selanjutnya.

Terima kasih.

HAFIZOL
FT PKG Kuala Pegang

Download Disini untuk melihat Peratusan Pengisian SSQS
 
 

Sunday 4 March 2012




VISI PKG

Membantu sekolah dalam ICT dan PSS
 
MISI PKG

 Menjalankan tugas menurut tugas semasa

OBJEKTIF PKG
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

KEMUDAHAN DI PKG

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PKG Kuala Pegang ialah:
  • Ruang / bilik untuk berkursus, berbengkel, berseminar dan bermesyuarat
  • Ruang dan peralatan untuk mengakses internet (cable dan wireless)
  • Ruang makan
  • Perpustakaan
  • Khidmat bantu PSS dan ICT
  • Khidmat nasihat berkaitan teknologi pendidikan
  • Pemantauan perlaksanaan program NILAM, TVP, PSS dan Pembestarian sekolah.

SELAMAT DATANG

Selamat Melayari Laman Blog PKG Kuala Pegang.Blog.Blog ini masih dalam proses pembikinan.