Wednesday 30 July 2014

PORTAL PKG KUALA PEGANG


PKG Kuala Pegang telah menghasilkan Portal PKG..Sila layari Portal PKG Kuala Pegang
di http://pkgbtpnkedah.moe.edu.my/kualapegang/v2/ untuk rujukan pihak sekolah

Sunday 26 January 2014

KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG SSQS 2013





KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS) 2013 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG KUALA PEGANG. 

PKG Kuala Pegang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua 28 buah sekolah yang berjaya mencapai tahap pembestarian (3 - 5 Bintang).

Syabas dan Tahniah kepada 9 buah sekolah seperti dalam senarai kerana mencapai tahap 4 Bintang bagi tahun penarafan 2013. 

Tahniah semua sekolah di Zon PKG Kuala Pegang  kerana mencapai 100 % tahap pembestarian. Semoga keputusan Cemerlang ini akan ditingkatkan lagi bagi tahun 2014.

PERATUSAN PENARAFAN SSQS 2013 SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG KUALA PEGANG
JUMLAH SEKOLAH
28 BUAH SEKOLAH
JUMLAH PENARAFAN
28 BUAH SEKOLAH
PERATUS PENARAFAN (on-line)
100%


KEPUTUSAN PENARAFAN SSQS 2013 PERINGKAT ZON PKG KUALA PEGANG
BINTANG
BILANGAN SEKOLAH
5
 0
4
 9
3
 19
2
 0

SSQS 4 BINTANG









SSQS 3 BINTANG













SSQS adalah penarafan bintang atau ’star ranking’ merupakan alat mengukur pencapaian pembudayaan ICT di sekolah. SSQS menggariskan tahap situasi yang berbeza yang memenuhi keperluan untuk Pembestarian dan pembudayaan penggunaan TMK di sekolah.
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah melaksanakan penarafan bintang bagi sekolah-sekolah negeri Kedah bermula pada 02/09/2013 dan berakhir pada 30/09/2013.Penarafan dijalankan dengan pengisian data instrumen SSQS secara dalam talian (on-line) melalui URL http://ssqs.moe.edu.my.

Saturday 25 January 2014





Pengetua/Guru Besar
Guru Penyelaras Bestari / ICT
Juruteknik Komputer Sekolah
Sekolah Zon PKG Kuala Pegang

Tuan/Puan

PAUTAN LAPORAN KEROSAKAN PERALATAN ICT (STS) TERKINI 2014.

2. Disini saya sampaikan maklumat dari pihak atasan berhubung perkara diatas.

Bermula 2014 segala aduan kerosakan peralatan ICT perlu dilaporkan melalui http://sts.moe.edu.my (STS Docs). Data yang disalurkan adalah sah dan diterima pakai oleh pihak BTP. 

Manakala pautan http://devsps.moe.edu.my (STS) tidak lagi digunapakai oleh pihak BTP.

Mohon maklumkan kepada pihak sekolah - PKG.

Sekian, terima kasih.
SYMP
Mohd Farid b Mohd Fuad Ooi
PTP UPICT, BTPNKEDAH

3. Sekiranya pihak sekolah mengalami masalah berhubung dengan perkara diatas sila hubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama dari pihak sekolah.

PKG Kuala Pegang


Wednesday 2 October 2013

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) DAN KEMPEN READ 2013




 
Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

Subject: Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ 2013

Merujuk perkara diatas.

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun meningkat.

Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global.

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.

Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehinnga 25 Oktober 2013 di laman web seperti dibawah:-

http://www.readtogether.com.my/

Tahun ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 25 September 2013

DATA PENGISIAN SSQS 2013





Assalammuaalaikum....dan Salam 1Malaysia

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Zon PKG Kuala Pegang

Tuan/Puan 

Laporan Data Pengisian SSQS 2013 sehingga 25/09/2013

...perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Bersama-sama ini saya 'attach'kan maklumat/data berhubung perkara di atas, seperti berikut;

3.  Mohon Pihak Sekolah mengambil perhatian dalam pengisian SSQS 2013 online di alamat URL http://btpnkedah.moe.edu.my/ssqs2013/. Tarikh pengisian ssqs yang telah bermula pada 02/09/2013 dan akan tutup pada 30/09/2013.Pengisian ini melibatkan 62 responden iaitu 1 bahagian pentadbiran (Pengetua/Guru Besar) ,1 bahagian Guru Perpustakaan Dan Media sekolah, 5 GURU untuk setiap matapelajaran dan 5 pelajar untuk setiap matapelajaran.Bagi Sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid) sila ikut panduan yang disediakan di Portal Pengisian SSQS 2013.Taklimat telah diberikan kepada Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah pada 08/09/2013 di PKG Kuala Pegang.

4.  Mohon pihak sekolah tidak melewatkan tarikh pengisian SSQS 2013.Bagi sekolah yang telah selesai mengisi,pihak PKG Kuala Pegang mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen pihak sekolah.Bagi sekolah yang mula mengisi dan belum mengisi, pihak pkg mengharapkan pengisian  sekolah tuan/puan boleh mencapai tahap yang di tetapkan.Semua maklumat/data ini digunakan untuk pelaporan bagi pihak BTPN Kedah dan BTP.

Sekiranya pihak sekolah mengalami masalah dalam pengisian SSQS, sila hubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477 atau 013-4376877 / 019-4795423.

Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan / Puan selanjutnya.

Terima kasih

BILANGAN RESPONDEN BAGI MENJAWAB INSTRUMEN PENARAFAN SSQS BAGI TAHUN 2013.

RESPONDEN GURU   
 







RESPONDEN MURID













KLIK PADA GAMABARAJAH

Wednesday 18 September 2013

PINDAAN TARIKH BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIRI 1





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Penolong Kanan Sekolah
Guru ICT Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

PINDAAN TARIKH BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIRI 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang telah menetapkan tarikh Bengkel Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang di tunda pada 11-12.09.2013 ke tarikh 24-25.09.2013.Sehubungan dengan itu,sekolah yang perlu hadir pada siri 1 pada 11-12.09.2013 hendaklah hadir pada 24-25.09.2013 minggu hadapan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477 atau 013-4376877.

Senarai Nama Sekolah Terlibat Pada 24-25.09.2013:

1. SMK AGAMA BALING                      8. SK KUALA PEGANG
2. SMK KUALA PEGANG                     9. SK KAMPUNG PADANG
3. SMK SYED ABU BAKAR                10. SK LANAI
4. SMK JERAI                                      11. SK TAWAR
5. SMK BAKAI                                     12. SK BINJUL DALAM       
6. SMK PARIT PANJANG                    13. SK KAMPUNG SADEK
7. SM AGAMA ARAB AN NAJAH        14. SK SYED SHEH