Wednesday 25 September 2013

DATA PENGISIAN SSQS 2013





Assalammuaalaikum....dan Salam 1Malaysia

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Zon PKG Kuala Pegang

Tuan/Puan 

Laporan Data Pengisian SSQS 2013 sehingga 25/09/2013

...perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Bersama-sama ini saya 'attach'kan maklumat/data berhubung perkara di atas, seperti berikut;

3.  Mohon Pihak Sekolah mengambil perhatian dalam pengisian SSQS 2013 online di alamat URL http://btpnkedah.moe.edu.my/ssqs2013/. Tarikh pengisian ssqs yang telah bermula pada 02/09/2013 dan akan tutup pada 30/09/2013.Pengisian ini melibatkan 62 responden iaitu 1 bahagian pentadbiran (Pengetua/Guru Besar) ,1 bahagian Guru Perpustakaan Dan Media sekolah, 5 GURU untuk setiap matapelajaran dan 5 pelajar untuk setiap matapelajaran.Bagi Sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid) sila ikut panduan yang disediakan di Portal Pengisian SSQS 2013.Taklimat telah diberikan kepada Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah pada 08/09/2013 di PKG Kuala Pegang.

4.  Mohon pihak sekolah tidak melewatkan tarikh pengisian SSQS 2013.Bagi sekolah yang telah selesai mengisi,pihak PKG Kuala Pegang mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen pihak sekolah.Bagi sekolah yang mula mengisi dan belum mengisi, pihak pkg mengharapkan pengisian  sekolah tuan/puan boleh mencapai tahap yang di tetapkan.Semua maklumat/data ini digunakan untuk pelaporan bagi pihak BTPN Kedah dan BTP.

Sekiranya pihak sekolah mengalami masalah dalam pengisian SSQS, sila hubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477 atau 013-4376877 / 019-4795423.

Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan / Puan selanjutnya.

Terima kasih

BILANGAN RESPONDEN BAGI MENJAWAB INSTRUMEN PENARAFAN SSQS BAGI TAHUN 2013.

RESPONDEN GURU   
 







RESPONDEN MURID













KLIK PADA GAMABARAJAH

Wednesday 18 September 2013

PINDAAN TARIKH BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIRI 1





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Penolong Kanan Sekolah
Guru ICT Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

PINDAAN TARIKH BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIRI 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang telah menetapkan tarikh Bengkel Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang di tunda pada 11-12.09.2013 ke tarikh 24-25.09.2013.Sehubungan dengan itu,sekolah yang perlu hadir pada siri 1 pada 11-12.09.2013 hendaklah hadir pada 24-25.09.2013 minggu hadapan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477 atau 013-4376877.

Senarai Nama Sekolah Terlibat Pada 24-25.09.2013:

1. SMK AGAMA BALING                      8. SK KUALA PEGANG
2. SMK KUALA PEGANG                     9. SK KAMPUNG PADANG
3. SMK SYED ABU BAKAR                10. SK LANAI
4. SMK JERAI                                      11. SK TAWAR
5. SMK BAKAI                                     12. SK BINJUL DALAM       
6. SMK PARIT PANJANG                    13. SK KAMPUNG SADEK
7. SM AGAMA ARAB AN NAJAH        14. SK SYED SHEH 

Tuesday 10 September 2013

PENGISIAN DATA ATAS TALIAN SSQS VERSI 2.0






Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

Adalah dimaklumkan bahawa penarafan SSQS 2013 telah bermula mulai 02 hingga 30 September 2013 seperti yang telah ditaklimatkan kepada semua Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah Atau Wakil yang menghadiri BENGKEL PENGISIAN DATA ATAS TALIAN SSQS VERSI 2.0 di PKG Kuala Pegang  pada 08 September 2013 yang lalu.

Semua sekolah di Zon PKG Kuala Pegang perlu mengisi penarafan SSQS 2013 mulai 02 hingga 30 September 2013 di url :

                                         http://btpnkedah.moe.edu.my/ssqs2013/
 

User Name : KOD Sekolah masing'masing (contoh: KQA1001)
Password : SSQS2013 (huruf besar)


Sebarang masalah yang dihadapi, pihak sekolah boleh menghubungi PKG Kuala Pegang di talian 04-4766477.

Monday 9 September 2013

PEMBATALAN BENGKEL SPS SIRI 1






Tuan/Puan Pengetua
Tuan/Puan Guru Besar
Penolong Kanan Sekolah
Guru ICT
Sekolah Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang
 
Bengkel Latihan (SPS) Sistem Pengurusan Sekolah untuk Zon PKGKP Siri 1 yang di jadualkan pada 11-12.09.2013 terpaksa ditunda kepada tarikh yang lain.Taklimat siri 2 masih kekal pada tarikh 18 dan 19.09.2013.Hal ini tidak dapat dielakkan kerana Pegawai PKG perlu menghadiri program yang lain pada 10 - 13 September.Mohon pihak sekolah maklumkan kepada PK Pentadbir SPS dan Guru ICT sekolah mengenai pembatalan bengkel ini. Sebarang makluman sila hubungi pegawai pkg ditalian 04-4766477.

Terima Kasih.


Wednesday 4 September 2013

BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Penolong Kanan Sekolah
Guru ICT Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS),
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Bengkel Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Penolong Kanan Pentadbir Sistem Pengurusan Sekolah yang telah dilantik Dan Guru Ict seperti ketetapan berikut:


JADUAL BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA PENTADBIR SISTEM DAN GURU ICT

FASA 1


BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS),
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA PENTADBIR SISTEM DAN GURU ICT

FASA 2



Download Surat Panggilan Sistem Pengurusan Sekolah DISINI

 

Tuesday 3 September 2013

BENGKEL PENGISIAN DATA ATAS TALIAN SSQS VERSI 2.0





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang 

BENGKEL PENGISIAN DATA ATAS TALIAN SSQS VERSI 2.0

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Bengkel Pengisian Data Atas Talian SSQS Versi 2.0.Sehubungan dengan itu, seorang guru (GPM / atau wakil) sekolah tuan dikehendaki hadir seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 8 Sept. 2013 (Ahad)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : PKG Kuala Pegang 


Download Surat Penarafan SSQS dari JPN Kedah DISINI 
Download Surat Panggilan dari PPD Baling Sik DISINI