Sunday 6 January 2013

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013




Sempena Tahun Baru ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua Warga BTPN/PKG Kedah, Warga PPD Baling Sik dan Warga Sekolah dalam Zon Kuala Pegang , sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak PKG Kuala Pegang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru serta pendidik dan kakitangan sekolah dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dalam memajukan negara kita. Sempena kedatangan tahun 2013 ini, marilah kita bertekad dan berazam untuk sama-sama meningkatkan usaha ke arah yang lebih baik. Bina semangat juang, kesungguhan bekerja dan bergerak ke arah perubahan.

Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun perubahan..

No comments:

Post a Comment