Pusat
Kegiatan Guru Kuala Pegang terletak di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang,
Baling, Kedah.Berbekalkan sumber tenaga manusia dan peralatan yang
minima, Pusat Kegiatan Guru Kuala pegang atau ringkasnya PKG Kuala
Pegang disandarkan harapan untuk menjadi pemangkin kepada dasar
pendidikan Negara seperti, PPSMI, KIA2M dan pembestarian sekolah.
Dengan moto ‘teknologi untuk pendidikan bestari, PKG Kuala Pegang
menggalas harapan dan amanah tersebut berteraskan kepada konsep,
objektif, peranan serta fungsi umum seperti terkandung dalam buku konsep
dan pengoperasian PKG. Fungsi semasa PKG yang digubal pada setiap tahun
pula bertujuan untuk membolehkan PKG keseluruhannya bergerak seiring
dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
PKG Kuala Pegang yang memulakan operasinya di bangunan sendiri pada
tahun 1991 telah melalui beberapa perubahan pada namanya berdasarkan
kepada perkhidmatan yang diberikan. Antaranya, Pusat Sumber Tempatan
(PST -1978), Pusat Media Daerah (PMD-1981) dan Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD-1986). Penguatkuasaan Pekeliling Kementerian Pelajaran
(KP(PP) 0050/1261 Jilid 7(23))pada 1 Januari 1996 yang meletakkan PKG di
bawah pengurusan PSPN. PKG pada kedudukan penting sebagai agen
Kementerian Pelajaran dalam pengumpulan data, penyaluran maklumat dan
edaran bahan ke sekolah ahli.
Keahlian PKG Kuala Pegang terdiri daripada 28 buah sekolah. 15 buah
sekolah kebangsaan,3 buah sekolah jenis kebangsaan Cina, 3 buah sekolah
jenis kebangsaan Tamil dan 7 buah sekolah Menengah. PKG Kuala Pegang
telah memberi perkhidmatan terbaik kepada sekolah-sekolah ahli dan pihak
sekolah juga dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan
dengan lebih kerap dan mudah.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PKG Kuala Pegang ialah:
- Ruang / bilik untuk berkursus, berbengkel, berseminar dan bermesyuarat
- Ruang dan peralatan untuk mengakses internet (cable dan wireless)
- Ruang makan
- Perpustakaan
- Khidmat bantu PSS dan ICT
- Khidmat nasihat berkaitan teknologi pendidikan
- Pemantauan perlaksanaan program NILAM, TVP, PSS dan Pembestarian sekolah.
Ruang dan bilik-bilik khas disediakan dengan mementingkan keselesaan
dan kepuasan pelanggan. Suasana yang kondusif dengan kelengkapan untuk
berkursus, berbengkel, berseminar dan bermesyuarat menjadi tarikan
kepada guru, masyarakat setempat serta lain-lain institusi seperti
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Institut
Perguruan. Berada di PKG Kuala Pegang sungguh menyenangkan. Anda boleh
beristirehat sambil melayari internet dari komputer-komputer yang
disediakan atau membawa sendiri komputer riba untuk mengakses dari
kemudahan wifi yang disediakan. Ruang makan yang boleh menampung 80
orang ini juga merupakan ruang siber bagi pengguna. Selain pemerolehan
maklumat dari gedung maya, pengguna terutamanya guru dapat membuat
rujukan dan pinjaman buku dari perpustakaan yang disediakan.
Selain
kemudahan peralatan, guru juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan
khidmat bantu berkaitan Pusat Sumber Sekolah, Nilam, TV Pendidikan dan
ICT. Segala kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan adalah untuk
membantu dan menyokong sekolah untuk mencapai pendidikan berkualiti
selaras dengan objektif penubuhan PKG.
Perkhidmatan dan fungsi semasa PKG Kuala Pegang dilaksanakan mengikut
keperluan setempat dan menepati objektif penubuhan PKG itu sendiri.
Antaranya:
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam Teknopen (teknologi pendidikan)
- Mengumpul dan menyebar maklumat professional pendidikan khususnya dalam bidang teknopen
- Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan PSS
- Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
- Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat
- Membantu menyediakan kemudahan bagi aktiviti pendidikan untuk guru-guru setempat
- Memantau dan melaporkan tahap pembudayaan teknologi di sekolah dalam program pembestarian sekolah
Bagi memantapkan peranannya sebagai unit sokongan sekolah, PKG Kuala
Pegang telah membariskan pentadbir-pentadbir sekolah dalam strukur
organisasi Pengurusan Aktiviti PKG dan Jawatankuasa Kerja PKG. Struktur
organisasi PKG Kuala Pegang di pengerusikan oleh Guru Besar dengan
dibantu oleh seorang Naib Pengerusi. Manakala PTP 1 menjadi
setiausaha. 4 orang dari kalangan Pengetua/Guru Besar akan dipilih
sebagai pengerusi bagi 4 buah Jawatankuasa Kerja iaitu:
a) J/Kerja Penghasilan bahan
b) J/Kerja Pusat Sumber Sekolah
c) J/Kerja Teknologi Maklumat dan ICT
d) J/Kerja Sosial dan Kebajikan.
Setiap jawatankuasa kerja perlu mewujudkan pasukan kerja bagi menyedia
dan melaksanakan perancangan tahunan bagi aktiviti jangka pendek dan
jangka panjang berdasarkan keperluan sekolah kelompok. Perancangan ini
seharusnya dibuat bagi membolehkan guru-guru mencapai sasaran 7 hari
berkursus dalam setahun.
Selain melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh pasukan kerja, PKG
Kuala Pegang juga melaksanakan aktivitinya yang berteraskan teknologi
pendidikan di samping mengutamakan aktiviti yang dapat meningkatkan
kualiti pendidikan terutama bagi matapelajaran teras. Aktiviti ini
menjadi sasaran kerja tahunan pegawai yang perlu dilaksanakan pada
setiap tahun dan tidak terhad kepada kursus dan bengkel sahaja
sebaliknya meliputi aktiviti khidmat bantu, konfigurasi rangkaian dan
pemantauan.
No comments:
Post a Comment