Monday 28 January 2013

Pengisian Data Atas Talian IQ-PSS





Tuan/Puan
Pengetua / Guru Besar
GPM dan Guru Perpustakaan Sekolah
Zon Kuala Pegang

Pengisian data atas talian IQ-PSS bagi tahun 2013 akan ditutup pada 30 Mac 2013.Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengisi dan melengkapkan data IQ PSS dengan kadar segera.Pihak PKG juga akan mengadakan pemantauan secara manual menggunakan instrumen Penilaian PSS Cemerlang bagi pencalonan PSS Cemerlang bagi tahun 2013.

Dengan ini saya sertakan url IQ PSS untuk pengisian pihak sekolah http://iqpss.tarantula.my. Sebarang masalah mengenai pengisian IQ PSS boleh berhubung dengan Pegawai PKG Kuala Pegang di talian  04-4766477.

Kaspersky Remover


Bagi sekolah-sekolah yang tidak dapat membuang Antivirus Kaspersky, sila download Kaspersky Remover disini :

Kaspersky Remover

Sunday 6 January 2013

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013




Sempena Tahun Baru ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua Warga BTPN/PKG Kedah, Warga PPD Baling Sik dan Warga Sekolah dalam Zon Kuala Pegang , sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak PKG Kuala Pegang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru serta pendidik dan kakitangan sekolah dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dalam memajukan negara kita. Sempena kedatangan tahun 2013 ini, marilah kita bertekad dan berazam untuk sama-sama meningkatkan usaha ke arah yang lebih baik. Bina semangat juang, kesungguhan bekerja dan bergerak ke arah perubahan.

Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun perubahan..