Wednesday, 4 September 2013

BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Penolong Kanan Sekolah
Guru ICT Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS),
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Bengkel Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Penolong Kanan Pentadbir Sistem Pengurusan Sekolah yang telah dilantik Dan Guru Ict seperti ketetapan berikut:


JADUAL BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA PENTADBIR SISTEM DAN GURU ICT

FASA 1


BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS),
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA PENTADBIR SISTEM DAN GURU ICT

FASA 2



Download Surat Panggilan Sistem Pengurusan Sekolah DISINI

 

Tuesday, 3 September 2013

BENGKEL PENGISIAN DATA ATAS TALIAN SSQS VERSI 2.0





Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang 

BENGKEL PENGISIAN DATA ATAS TALIAN SSQS VERSI 2.0

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Bengkel Pengisian Data Atas Talian SSQS Versi 2.0.Sehubungan dengan itu, seorang guru (GPM / atau wakil) sekolah tuan dikehendaki hadir seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 8 Sept. 2013 (Ahad)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : PKG Kuala Pegang 


Download Surat Penarafan SSQS dari JPN Kedah DISINI 
Download Surat Panggilan dari PPD Baling Sik DISINI

Sunday, 28 July 2013

SALAM PERPISAHAN

ASALAMUALAIKUM DAN SELAMAT BERPUASA

Untuk Semua Warga BTPN/PKG Kedah dan Warga Sekolah Zon PKG Kuala Pegang

Saya Ramli bin Othman, dengan segala hormatnya ingin memaklumkan bahawa mulai 16 Julai 2013, saya telah bertukar tugas ke SK Iboi, Kupang, Baling, Kedah.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan KPP, Penolong-Penolong Pengarah, PTP , PT ,FT  dan staf sokongan di BTPN dan PKG Kedah serta warga Sekolah dalam Zon PKG Kuala Pegang yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa saya menjalankan tugas rasmi di PKG Kuala Pegang.

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan serta keterlanjuran kata atau perbuatan  semasa menjalankan tugas di PKG dan semasa berurusan di BTPN Kedah.

Semoga silaturrahim antara kita akan terus berkekalan walaupun kita bertugas di tempat yang berlainan.

Sekian, terima kasih.
                                    
RAMLI BIN OTHMAN
Mantan PTP1, PKG Kuala Pegang
PKG KUALA PEGANG bertukar ke SK IBOI

Tuesday, 11 June 2013

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

 

Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

Sukacita dimaklumkan bahawa program pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua sekolah mulai bulan-Jun 2013. Antara objektif SPS ini adalah untuk mewujudkan satu aplikasi pengurusan maklumat sekolah dalam satu pangkalan data.

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkaitan dengan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
kepada Pentadbir Sistem SPS yang telah dilantik oleh pihak-sekolah secara atas talian dalam URL: http://www.btpnkedah.moe.edu.my/data/index.php/2013-05-21-06-40-49/pentadbir-sps-sekolah akan diadakan mengikut daerah seperti jadual yang disertakan.


Sila Download Surat Panggilan Dan Jadual disini 

Monday, 6 May 2013

TATACARA MENDAPATKAN ID DAN PASSWORD DONGLE 1BESTARINET




*anda memerlukan no K/P pengetua/guru besar untuk akses ke dokumen dalam sistem ini
  1. Masuk ke mail.google.com
  2. Masukkan ID berikut: KODSEKOLAH@1bestarinet.yes.my
  3. Masukkan kata laluan seperti berikut : P@55word
  4. Pergi ke inbox
  5. Cari emel bertajuk “Pengedaran VLE ID dan Katalaluan”
  6. Ambil Tindakan seperti yang dikendaki oleh email tersebut
  7. Download dan buka dokumen excel tersebut
  8. Masukkan no KP pengetua anda sebagai password dokumen excel
  9. Cari ke table BAWAH ada “DongleID”
  10. Itulah username dan password bagi sekolah anda
  11. Jangan dedahkan password dan ID pada sesiapa sahaja melainkan guru dan staf sekolah anda sahaja
Cara menggunakan dongle
  1. Anda dinasihatkan TIDAK menggunakan software di dalam dongle itu. Download dari internet bagi versi baru
  2. Download di: http://www.yes.my/v3/personal/devices/go.do
  3. Cari butang downloads
  4. Download ikut sistem operasi komputer (XP, Vista, 7, 8 dan MAC OS)
  5. Install seperti biasa
  6. Masukkan ID dan password seperti yang terdapat di dalam dokumen excel tersebut
  7. Selesai
P/S: GPB / Penyelaras ICT digalakkan untuk save ID dan password dongle sekolah anda di telefon supaya boleh forward sms terus pada mana-mana guru dan staf yang ingin menggunakannya

Sunday, 24 March 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Kuala Pegang Kali 1/2013

 
Tuan/Puan Pengetua 
Tuan/Puan Guru Besar
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Kuala Pegang Kali 1/2013 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh    : 27.03.2013
                  Masa    : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
                 Tempat  : Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang


Agenda Mesyuarat:
1. Aluan Pengerusi
2. Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Baling Sik
3. Ucapan Perasmian Ketua Penolong Pengarah, BTPN Kedah
4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
5. Perkara Berbangkit
6. Laporan Aktiviti PKG Tahun 2012/2013
7. Pelantikan Jawatankuasa sesi 2013/2014
8. Perancangan Aktiviti Tahun 2013/2014
9. Hal-hal lain
10. Penangguhan
  
Sehubungan itu pohon jasa baik tuan dan puan menghadiri Mesyuarat kali ini kerana pihak PKG akan memberi sedikit Taklimat mengenai Aktiviti yang akan dijalankan .