Sunday 28 July 2013

SALAM PERPISAHAN

ASALAMUALAIKUM DAN SELAMAT BERPUASA

Untuk Semua Warga BTPN/PKG Kedah dan Warga Sekolah Zon PKG Kuala Pegang

Saya Ramli bin Othman, dengan segala hormatnya ingin memaklumkan bahawa mulai 16 Julai 2013, saya telah bertukar tugas ke SK Iboi, Kupang, Baling, Kedah.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan KPP, Penolong-Penolong Pengarah, PTP , PT ,FT  dan staf sokongan di BTPN dan PKG Kedah serta warga Sekolah dalam Zon PKG Kuala Pegang yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa saya menjalankan tugas rasmi di PKG Kuala Pegang.

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan serta keterlanjuran kata atau perbuatan  semasa menjalankan tugas di PKG dan semasa berurusan di BTPN Kedah.

Semoga silaturrahim antara kita akan terus berkekalan walaupun kita bertugas di tempat yang berlainan.

Sekian, terima kasih.
                                    
RAMLI BIN OTHMAN
Mantan PTP1, PKG Kuala Pegang
PKG KUALA PEGANG bertukar ke SK IBOI