Tuan/Puan Pengetua
Tuan/Puan Guru Besar
Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah
Sekolah-sekolah Dalam Zon PKG Kuala Pegang
Subject: Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ 2013
Merujuk perkara diatas.
Program
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading
Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang
melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.
Program yang
mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam
kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program
ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading
Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of
Record (MBOR) 2010.
Sumbangan ini memberikan impak positif dalam
pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping
meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan
kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50
buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang
mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan
bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil
bahagian dalam program ini setiap tahun meningkat.
Selain itu,
Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan
Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan
tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid
selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan
berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama
berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi
Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’
Scholastic juga
mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk
murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos
yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan
mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh
murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan
ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan
mereka berdaya saing di peringkat global.
Semoga kerjasama erat
antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan
terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara
berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.
Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehinnga 25 Oktober 2013 di laman web seperti dibawah:-
http://www.readtogether.com.my/
Tahun
ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.
Sekian, terima kasih.